
Salam Aidiladha untuk seluruh umat Islam. Kitaorang sekeluarga cuma beraya di Ipoh je la sebab tak dapat nak balik ke Ayer Tawar. Maklum la umah tengah berserabut lagi so tak leh nak tinggalkan macam tu aje. Sedih gak. Nak buat camne...anyway sapa2 yang ade buat korban tu meh le sedekah untuk kami, tapi biar le yang dah masak ye...hehehe...(melampau la tu!!)
Khamis, 2009 November 26
Selamat Hari Raya Aidiladha 10 Zulhijjah 1430
Posted by NaniMizi at 11:26 AM 0 comments
Ahad, 2009 November 22
Alahaii...baiknye anak ibu ni...
Kalau dah lelaki tu lelaki jugak la...nakal dan lasak...sudahnya dapat la tanda lebam kat sana sini...alahaaaiii anak teruna aku yang sorang ni memang tak boleh nak control. Nak dijadikan sebab musababnya kami sekeluarga pergi la ke sebuah office untuk berbincang satu perkara, Aina dan Afi hanya berlegar-legar di sekitar office tu...adalah seorang pekerja yang suka melayan kerenah dua orang anak aku ni dan bawak diaorang ke office pantry kat belakang. Dalam seronok kitaorang berbincang tiba-tiba terdengar satu dentuman yang kuat sangat...!!! Aku dan Mizi terus berlari ke tempat tu dan tengok Afi tengah terbaring menangis...semua pekerja kat situ pun bergegas meluru tengok apa yang dah berlaku...masyaallah anakku....kitaorang pun terus bawa Afi ke klinik untuk check-up bahagian kepala dia...menurut apa yang Aina cerita, dia tengah bukak pintu kaca tapi tanpa dia sedar tiba-tiba Afi meluru lari dari belakang dia terus terlangar tepi pintu kaca tu, lepas tu terus terbaring menangis dan dapat le bengkak besar macam tu...alahaiiii baiknye anak ibu ni....bila aku tanya kenapa pergi kat situ, dia cakap uncle tu nak bagi biskut kat Afi.....uncle tu pun tak sedar Afi berlari laju macam tu. Kesian la uncle tu dengan rasa bersalah dia bawak kitaorang ke klinik panel office tu....mujur la doktor cakap takde apa-apa...alhamdulillah.
Posted by NaniMizi at 5:28 PM 0 comments
Selasa, 2009 November 10
Renovation
Lamanye aku tinggalkan blog ni. Macam dah malas nak update...kalau nak cite memang banyak, tapi yang terbaru ni aku cuma nak cite ke'bz'an aku melanda2 sebabnya tengah renovate dapur sekaligus menambahkan 2 lagi bilik menjadikan rumah aku ada 4 bilik...tadaaa...hahaha...ntah ngape le nak bilik banyak2...bukannya anak ramai pun. Disebabkan tengah buat renovation ni, jadinya rumah aku macam kapal karam la jawabnye...pindahkan serba aneka barang2 rumah..fuhhhh..letih gile.
Mula2 tu ingat nak pindah sekejap, sewa mana2 rumah dalam sebulan tapi sebab pindah semua barang lagi memenatkan baik le aku pindahkan barang dari satu tempat ke satu tempat. Semua barang yg ada kat dapur diangkat letak kat hall.
Ni le rupa bakal 'opis' aku...ujung sekali tu 2 bilik tambahan...Besar dan luas tak?? L shape kekdahnye...
dan yang paling tak ketinggalan..model2 tak berbayo ni...pantang aku hala camera!!
Harap2 cepat le siap dapo baru aku ni, yang peliknya setiap kali proses menukar atap mesti hujan turun dengan lebat...nape ye???....tu yang pelik tu...
Posted by NaniMizi at 2:45 PM 1 comments
Khamis, 2009 Oktober 15
nak beli air tebu....??
Tengahari tadi masa aku angkat kain baju kat luar, aku nampak seorang pakcik yang memang aku kenal sangat...setiap selepas azan subuh dalam pukul 6:00 pagi dia akan berulang alik naik motor untuk angkut peralatan seperti kerusi, meja, dan kuih-muih...dia berniaga depan umah aku je...
Tapi tadi aku nengok dia seperti nak berniaga lagi..aikk niaga kuih muih lagi ke pakcik ni...dia tengok aku sambil senyum...
" nak meniaga apa ni pakcik?", tanya aku sambil usung beberapa helai baju kat tepi pagar.
" ooo jual air tebu ", balas pakcik tu sambil letak kerusi meja.
" biasa la, nak cari rezeki halal kena la usaha keras sikit", sambung pakcik tu lagi sambil sengeh2.
Lepas tu aku nampak isteri dia jalan perlahan2 sambil usung beberapa peralatan yang lain. Sian aku nengok makcik tu, jalan dah la perlahan, mungkin sebab badannya yang sedikit besar atau makcik tu sakit kaki macam mak aku yang selalu ngadu sakit kaki.
" nak jual air tebu ", tiba2 makcik tu cakap kat aku tanpa aku menyoal. Aku cuma angguk sambil tersenyum sengeh.
" nak cari rezeki, orang susah macam ni la", sambung makcik tu lagi.
Errr..macam lebih kurang je ayat suami isteri ni. Aku pun teruskan kerja2 aku. Dalam hati nak beli ke tak? Ishh tapi aku tengah selsema dan batuk ni. Nak bagi Aina dan Afi minum...usah harap la diaorang nak minum, lagipun Afi still batuk2 lagi. Camne le nak bantu diaorang ni. Setau aku anak2 makcik ni dah besar2 dah ada cucu pun makcik ngan pakcik ni. Mungkin masih tak cukup kot..ye lah sekarang ni semuanya duit..duit..duit...tapi kesian aku nengok kedua orang tua ni. Dalam rumah aku cuba intai kat tepi tingkap (heheh..jahatnye aku menskodeng!!). Keduanya masih duduk menunggu orang lalu lalang singgah untuk beli air tebu, sesekali terdengar pakcik tu bersuara pada orang yang lalu lalang...
"nak beli air tebu...??, mari le singgah beli air tebu", rintih mereka.
Ishhh...tak boleh jadi ni, aku keluar.
" Pakcik, bagi sebungkus tak nak air batu ye", terus aku keluar pagar rumah sambil tu aku tanya lagi.
" Mesin tebu ni pakcik punya ke??" , aku cuba nak buat edisi siasat.
"Ha'a, pakcik punya", terang pakcik tu sambil bagi aku air tebu tanpa ketul ais.
"Berapa ye pakcik harga mesin tebu ni", tanya aku lagi.
"Ishhh..seribu lebih ni...", terang pakcik tu.
"Ooooo...", balas aku sambil ucap time kasih dan masuk dalam rumah balik. Dalam hati banyak gak le pelaburan pakcik ni beli mesin mahal2. Harap2 biarlah ada orang yang sudi membeli.
Posted by NaniMizi at 3:20 PM 2 comments
Labels: apa-apa aje...., Nani





